Yassalam Kenal!
Hai semua! Salam Kenal!
Okay okay.... Mari mulakan sesi perkenalan kita. Nama diberi NurDami.... hshshshhs tkpe korang kenal aku sebagai Ami je okayy :0
Emm sejujurnya aku tak tahu apa motif aku wujudkan blog ni tapi aku mahu, aku mahu dan aku mahu. Maka wujud lah blog ni. Nak cerita apa lagi eh? Perlu bagitahu umur tak? Hshshshs umur sensitif sikit kan lagi-lagi untuk para wanita di muka bumi ni! Tapi disebabkan aku wanita yang berada dalam kategori chill-chill ni so aku share lah umur aku ye! Tahun ni aku 23 tahun! WUUU! 23 KOT! Hshshshs tapi belum genap okay! Tunggu September nanti baru genap 23 tahun.
Okay!
Sejujur-jujurnya kalau orang tanya aku apa pencapaian yang aku dah buat selama 23 tahun aku hidup ni... hm... aku pun tak tahu apa pencapaian terbaik yang aku dah buat. Sebab aku hanyalah seorang gadis kecil yang hidup dalam kesederhanaan! Cewah! Hahaha. Aku bahagia dengan keluarga yang aku ada sekarang, kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi saat berjimba, susah dan juga senang. Tapi saat berjimba dengan senang tu la yang ramai kalau nak bandingkan dengan susah! Ehh tercakap pulak! Hahahaha bukan macam tu sebenarnya...cuma aku memang tak akan share masalah yang aku ada dengan orang lain. Dengan family pun aku susah nak share okay! Oleh hal yang demikian(hahahahaha mcm skema jawab esei) mereka susah nak tengok aku dalam keadaan susah. Aku lebih suka tunjukkan kegembiraan dan kebahagiaan je.
Tapi-tapi aku rasa pencapaian terbaik aku masa aku amik Diploma dulu kot. Terbaik sebab apa? Hahahaha sebab setiap semester aku dapat anugerah ketua jabatan. Alaaa yang DEKAN tu! Heeee... Tapi alhamdulillah kejayaan tu pun berkat bantuan daripada kawan-kawan yang sama-sama susah senang dengan aku masa tu. Ada seorang kawan yang aku sayang sangat masa Diploma dulu. Aku panggil dia "Yaya". Dia jenis kawan yang ada time susah & senang dan aku pun tak pernah terfikir yang aku akan berkawan dengan dia sampai aku habiskan Diploma 3 tahun dekat Kelantan.
Okay itu sahaja pengenalan diri aku. Hahahaha. I still newbie gituh! Tak tahu nak story apa lagi. Tapi yaaa nanti-nanti lagi aku cerita. Adios amigos!
Selamat berkawan!
👄
Comments
Post a Comment